Followers

Thursday, November 17, 2011

Pensel dan Pemadam

Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Utk apa? Awak x buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung x kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya xmahu melihat awk brsedih. :)

## Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan..mereka adlh ibarat pemadam trbaik utk anak2 mereka..selagi mereka hidup jgn sia2 kan mereka..

# Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan #

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...