Followers

Wednesday, February 2, 2011

Sebagai peringatan


Bacalah. Mungkin ianya satu pembalasan....... kerana
kealpaan manusia... bacalah ia buat peringatan kita
Bersama.....mudah-mudahan... semoga ada perubahan
diri....

Keheningan pagi membuat Kamal sentiasa terkenangkan
sesuatu. Pengalaman manis dan pahit masih kukuh di
ingatan. Dan seperti biasa Kamal akan melayani
lamunannya sebaik saja terjaga dari tidur.

Mak Senah ibu Kamal menjalankan rutinnya menyuruh
Kamal segera bersiap untuk membantunya di kebun. Kamal
menarik nafas dalam-dalam kerana satu jadual yang
terpaksa di ikut setiap hari.Selesai saja bersarapan
mereka memulakanlah rutin kehidupan seperti biasa.
Kadang-kala terasa bosan juga di hati Kamal, tetapi
apakan daya itu saja yang dapat dilakukan. Namun
begitu, jauh di sudut hati Kamal dia sentiasa berdoa
dan berharap agar hidupnya akan berubah satu hari
nanti.

Kebun mereka tidak berapa jauh dari rumah, lebih
kurang 15 minit berjalan kaki. Sedang mereka berjalan
kaki di sebatang denai,tiba-tiba satu cahaya muncul di
hadapan mereka. Hati mereka menjadi kaget kerana tidak
pasti dari manakah datangnya cahaya itu. Dan tak
semena-mena badan Kamal mula melayang-layang di udara
dan Mak Senah pengsan waktu itu juga. Kamal ingin
menjerit tetapi halkumnya bagaikan disekat. Dia cuba
meronta untuk melepaskan diri tetapi sia-sia.
Tiba-tiba badannya mula bercahaya secara
beransur-ansur dan akhirnya sama dengan cahaya
tersebut.

Seketika selepas itu badan Kamal mula merekah-rekah.
Darah segar memancut-mancut dari liang-liang tubuhnya.
Kesakitan yang amat mula terasa di seluruh anggota.
Urat-urat kaki dan tangan membengkak dan pecah. Darah
lebih banyak keluar dari tubuh badan Kamal.
Otot-ototnya membesar dan terkoyak secara
tiba-tiba.Kamal
masih tidak mampu menjerit namun begitu matanya
semakin segar menonton penyeksaaan pada dirinya.
Tiba-tiba kulit badannya tersiat-siat. Setiap sel-sel
kulitnya seperti dirobak-rabik dan kelihatan daging
putih yang tidak berkulit lagi.

Darah mula terbit dicelah-celah daging badan Kamal.
Pedih dan ngilu tidak dapat dibayangkan lagi.Kamal
tidak terdaya lagi. Dia tidak mampu menahan apa-apa
penyeksaan yang dilakukan kepada dirinya. Dengan tidak
semena-mena,larutan garam disimbah ke badannya yang
tidak berkulit itu. Air garam itu mula menusuk ke
dalam dagingnya menambah kepedihan yang sedia ada.
"Argh... ... Argh,... .." Itu saja yang mampu
dikeluarkan dari hati kecilnya. Peristiwa sadis ini
dengan tiba-tiba datang dan menyeksa dirinya. Secara
perlahan-lahan badan Kamal yang terapung diletakkan
semula dengan tiba-tiba. Duri-duri semalu sedang
menunggu tubuh Kamal untuk dijamah. Kamal tidak tahan
dengan penyeksaan itu lagi dan dia pun pengsan.
Biarlah hilang ingatannya supaya segala kepahitan,
kesakitan dan kesengsaraan dap at dilupai. Malam itu
gempar satu kampung apabila para penduduk terjumpa Mak
Senah pengsan bersama satu makhluk yang lain. Kamal
tidak dapat dicam lagi oleh para penduduk kerana rupa
bentuk fizikalnya telah berubah. Tok Imam segera
dipanggil untuk melihat apakah makhluk itu. Tok Imam
ternampak satu tanda di dada Kamal dan akhirnya Tok
Imam dapat mengenali Kamal. Malam itu juga Tok Imam
mengumumkan kepada penduduk kampung bahawa makhluk itu
adalah Kamal dan kini ia telah berubah.

Hidup Kamal kini betul-betul telah
>
>
>
>
>berubah... .berubah... ... ... .
>
>
>
>
>
>
>... ... ... . menjadi... ... ... ... ... ... .
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>... ... ... . Power ----- Rangers.



Kushuk dan tawadukkk nampakk bila membaca... ... ... .


kekekekkekekeeeekekek... ... .Muahahhhhhaaaaahaha


http://matcuoi.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...