Followers

Tuesday, January 31, 2012

Cara Sengal Untuk Cover Malu

~Assalamualaikum~


Cara sengal untuk cover malu.. kalau berani cuba lah yea...





1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak…
3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus…
4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan….
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat..”oi! apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di blakang anda….
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu…haa…ni lah masa sesuai untuk bangun semula….
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu…ye tak?.

Cara Zizan Raja Lawak Cover Malu




Monday, January 30, 2012

Kelebihan Surah-Surah Al-Quran

~Assalamualaikum~




۞Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG'


Monday, January 23, 2012

3 Soalan 1 Penampar

~Assalamualaikum~

 


3 Soalan 1 Penampar...

Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...

"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"

Saturday, January 21, 2012

Sejarah Solat 5 Waktu

~Assalamualaikum~

solat1

Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


Thursday, January 19, 2012

I'm Gay

~Assalamualaikum~



Pe khbr semua?? gempak x tajuk entry atie hari ni.. statement berani mati tau.. xde org yg berani wat statement mcm tu.. hanya atie je yang berani... hehehe. Yes, I'm Gay.. Gay kan mksdnye sukakan lelaki..wlpn sbnrnye gay ni utk lelaki yg sukakan lelaki.. tp atie tukar, mane2 prempuan yg sukakan lelaki pn d pggl gay..hahaha. ok x?? atie gay sbb atie mmg sukakn lelaki.. x pernah lg la atie sukakan perempuan nih.. sbnrnye statement ni atie ciplak dri housemate merangkap clssmate atie.. die suka sgt ckp i'm gay..hehe. so statement tu atie rase menarik so atie ciplak jelah.. kwn atie tu mmg selalu je kluarkan statement yg pelik2.. klu bnda pelik yg ktorg buat, sudah semestinya dri die la.. Tiba2 rase rndu lak kat kawan2.. dh hmpr 3 bln ktorg x jumpa.. enth bile la blh jumpa smua.. ~miss my friends~

Wednesday, January 18, 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah

~Assalamualaikum~




1. Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup


2. Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak mempunyai makanan


3. Buah Tin
Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir


4. Anggur
Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut


5. Madu
Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam


6. Tembikai (segala jenis)
Nabi berkata, wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya


7. Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan


8. Cendawan
Baik untuk mata, perancang keluarga


9. Minyak Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut


10. Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40hari


11. Cuka
Nabi selalu minum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)


12. Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


by http://lovenursi.blogspot.com

Jom Relex

~Assalamualaikum~






Ponteng sekolah
Atok : Cu, pergi menyorok cepat cikgu kamu datang sebab kamu tak pergi sekolah hari ni..
Cucu : Atok la pergi menyorok...
Atok : awat pulak atok nk kna nenyorok?
Cucu : sebab saya bagitau cikgu saya tak pergi sekolah sbb atok meninggal..
Atok : kau gila *************!!!!!!



Terlanjur
Mimi : ayah, Mimi ada samting nk bgtau ayah. Tp ayah jgn mrh tau.
Ayah: hah,ape? Ckp la.
Mimi: minggu lepas, masa jumpa Epul, Mimi dah terlanjur........
Ayah : apa?!? Kau memang anak x kenang budi!! Sanggup kau cemarkan nama baik keluarga kita?!? PANG!! <satu tamparan jantan singgah d muka Mimi>.
Mimi : ape ayah ni?? Mimi cuma nk bgtau Mimi terlanjur cakap kat Epul ayah kata dia x ensem. Tu je. S0b s0b.
Ayah : err...



ATOK SIAPA LEBIH KUAT 
Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat…. Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.”
Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”
Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”
Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.”
Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”


KONSERT
Pada malam konsert tahun baru , rizal pun mula menyanyi lagu hitz dia .
Rizal : oke , kita nyanyi sama2 ye .abang yg bertopi tu , jom naik pentas .
Abg bertopi : ye saye .
Rizal : abang tau lagu saya tak , memori daun keladi ?
Abg bertopi : tau .kenape ?
Rizal : boleh abg nyanyikan lagunya ?
Abg bertopi : aku datang sini nak dengar kau nyanyi la bodoh .bukan aku yg nak nyanyi .
Rizal : erkkk


HARI JADI
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-18 nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.
Maka tibalah harijadinya yang ke-18 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.
Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-18 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamu kan Lelaki!



PEMBURU DAN SINGA
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”


Tanah Hidup
Arman:Min,Ko tau nda...nie tanah kan tanah hidup..
Amin :Ye ke..?
Arman:ye..Apa saja kau Tanam...Semua hidup
Amin :Nda caya la
Arman:Apahal pla....Aku tanam bunga matahari hari tu hidup tau...
Amin :Nda cya jga..
Arman:Knp bha kau susah btull mau percaya nie...???
Amin :Sebab atuk aku kena tanam kat sini tak hidup2 pun
Arman:!?@#%&



Tuesday, January 17, 2012

5 Perkara Terpenting Perlu Anda Tahu

~Assalamualaikum~



••► Solat Subuh » Wajah yang cantik
••► Solat Zohor » Duit yang banyak
••► Solat Asar » Kesihatan yang baik

••► Solat Maghrib » Anak2 yg cerdik dan berjaya
••► Solat Isyak » Tidur yang nyenyak tanpa gangguan



Kata Nabi Muhammad S.A.W :

~► Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya ツ
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat ツ
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan ツ
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat ツ
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak ツ



Monday, January 16, 2012

..:: Jom belajar Peribahasa ::..

~Assalamualaikum~



Peribahasa moden.
Hayatilah peribahasa ini, kerana ia tepat untuk ditafsirkan dengan keadaan zaman sekarang…FIKIR – FIKIRKAN……
1. Lembu punya susu, Nestle dapat nama.
Maknanya:
Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun,
last last, boss jugak yang dapat nama.
Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.


2. Melepaskan batuk di dalam lift.
Maknanya:
Hello! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah
tempat yang sesuai! Janganlah di tempat awam yang tertutup.


3. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke najis jugak dia hinggap.
Maknanya:
Orang kalau dah perokok tu. kalau dia berenti. akhirnya dia gerenti start balik punyer.

4. Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya:
Jangan macam bagus. pasal yang macam bagus tu lah selalunya tak bagus.


5. Biar putih tulang jangan kuning gigi.
Maknanya:
Macam mana nya hensome ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga, kuning-berkarat, jangan lah cubal nak mengurat.
Geli-geman di buat nya.


6. Kalau tidak ada angin masakan satu MRT boleh bau busuk?
Maknanya:
Ada orang kentotlah tu.


7. Seperti kacang lupakan mamak kacang putih.
Maknanya:
Orang yang tak sedar diri. tak kenang jasa baik orang yang mula-mula mempopularkan dia.


8. Ada udang di sebalik udang lain
Maknanya:
Jangan sangka yang duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang. check betul-betul, mesti ada seorang lagi.
kat bawah ke. kat tengah ke. tengah baring ke.


9. Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya:
:”maknanya. . ..maknanya.”
Jangan nak tersengih-sengih kat depan PC.
Pergi tido sekarang.
Dah lewat nih.. esok fikir lagi.hehehe
Jangan marah.
Sekian salam LavenDa


p/s: gmbr xde kaitan.. hehehe


Funny isn't it?

~Assalamualaikum~





Funny how a $20 bill looks so big when you take it to Mosque, but so small when you take it to the market.

Funny how long it takes to do Zikr for an hour, but how quickly a team plays 60 minutes of basketball.

Funny how long a couple of hours spent at Mosque are, but how short they are when watching a movie.

Funny how we can't think of anything to say when we pray, but don't have difficulty thinking of things to talk about to a friend.

Funny how we get thrilled when a baseball game goes into extra innings, but we complain when a "Tarawikh" during Ramadhan is longer than the regular time.

Funny how hard it is to read a Para in the Quran, but how easy it is to read 100 pages of a best selling novel.

Funny how people want to get a front seat at any game or concert, but scramble to get a back row at mosque so that scramble out.

Funny how we need 2 or 3 weeks advance notice to fit a Mosque event into our schedule, but can adjust our schedule for other events at the last moment.

Funny how hard it is for people learn a simple Preaching well enough to tell others, but how simple it is for the same people to understand and repeat gossip.

Funny how we believe what the newspaper says, but question what the Quran says.

Funny how everyone wants to go to heaven provided they do not have to believe, or to think, or to say, or do anything.

Funny how you can send a thousand 'jokes' through email and they spread like wildfire, but when you start sending messages regarding the Lord, people think twice about sharing.

FUNNY, ISN'T IT?

Are you laughing?
Are you thinking?
Spread the Word and give thanks to Allah for He is good & Mercifull!






Friday, January 13, 2012

..:: JANIN 15 MINGGU TETAP HIDUP ?? ::..

~Assalamualaikum~


Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu? Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”…. Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah. Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?




ni lah gambar baby dari janin di atas...
Subhanallah.. Semua ni kuasa Allah..

..:: Maha Melihat ::..

~Assalamualaikum~

Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku 
Hitam putih di hidupku jalani takdirku 
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa 
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya

Kau yang Maha Mendengar 
Kau yang Maha Melihat 
Kau yang Maha Pemaaf 
PadaMu hati bertobat 

Kau yang Maha Pengasih 
Kau yang Maha Penyayang 
Kau yang Maha Pelindung 
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi 
Yang didamba kan hilang 
Hidup kan terus berjalan 
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang 
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih 
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya 
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata



..:: CIRI-CIRI ANAK ::..

~Assalamualaikum~



Anak Sulung

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah

Anak Bongsu

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.

## http://www.gilabest.com ##

Tuesday, January 10, 2012

Amalkanlah

~Assalamualaikum~


Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...