Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.
Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'
MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .
PANAS! --> KERAJAAN MALAYSIA AKAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS TERMASUK SEKOLAH.
Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantarnotis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis... tudung yang tidak boleh dipakai ialah : - 1. TUDUNG SAJI. 2. TUDUNG PERIUK. 3. TUDUNG TERMOS. 4. TUDUNG CAT. (wakakaka.. ♥ )
korang mesti pernah mengalami kan?? soalan bodoh-bodoh yg member tanya..padahal leh tengok atau fikir sendiri apa yg kita buat...so atie nk bagi tip kalau nak jawab soalan bodoh mcm ni..
1)Bila orang nampak anda baring tutup mata....
Soalan: Hai! tidur ke?
Jawapan: Tak la,aku training mcm mana nak mati nanti...
2)Imagine anda bawa tv anda yang rosak gi jumpa technician untuk repair,dia mesti tanya gak:
Soalan: Nak repair tv ke?
Jawapan: Tak la,aku bosan! so sje aku bwk tv ni jln2.
3)Time anda bangun tidur, dan terus si bendul tu mesti tanya anda:
Soalan: Hyep! da bangun?
Jawapan: Ish,aku tengah tido sambil berjalan-jalan...
4)Kawan anda call phone umah anda dan...
Soalan: Hello?.. Ada mana ?
Jawapan: Kat sini haa ,kat lam gua
5)Diorg nampak anda keluar dari bilik mandi dan dalam keadaan basah-basah..
Soalan: Eh baru mandi ke?
Jawapan: Ehh! Mana ada , Aku jatuh dalam lubang jamban tadi!!!
6)Anda di dalam toilet , pintu berkunci , ada gak orang ketuk pintu dan tanya anda..
Soalan: Ada orang tak?
Jawapan: Mana ada orang!! Taik yang bercakap ni!!